السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat Datang
Ditubuhkan sejak tahun 1985, kami menjalankan program-program kebajikan, kebudayaan dan keagamaan seperti bantuan kepada Asnaf, gotong royong, menyediakan sumbangan bagi tujuan pelajaran serta program-program Maulidurrasol, Tadarus dan sebagainya.
INFORMASI
Tentang Kami
Mengikut Sejarah, warganegara Malaysia berketurunan Arab telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai sektor. Khususnya dalam bidang perdagangan dan agama. Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan (atau lebih dikenali dengan nama singkatannya “Jamiatul Khairiah”) telah ditubuhkan sejak tahun 1985 dan dengan keahlian waraganegara Malaysia yang berketurunan Arab, ianya bertujuan untuk meneruskan usaha mereka-mereka yang terdahulu, memperkenalkan dan menghidupkan kebudayaan Arab di antara komuniti mereka yang berketurunann Arab di Malaysia dan masyarakat amnya dan untuk melakukan ativiti-aktiviti kebajikan dan keagamaan.
Dari penubuhannya Jamiatul Khairiah telah menjalankan program-program kebajikan, kebudayaan, ekonomi dan keagamaan seperti bantuan kepada Asnaf, gotong royong, menyediakan sumbangan bagi tujuan pelajaran serta program-program Maulidurrasul, Tadarus dan sebagainya.
Tokoh-tokoh kepimpinan Jamiatul Khairiah adalah termasuk Allahyarham Syed Tahir bin Jaafar AlIdrus, Allahyarham Captain (B) Syed Mohsain Bin Ahmad AlSagoff, Syed Mustafa Al Qudsi, Syed Hasan bin Ja’afar Shahab dan Dato Seri Dr. Syed Hussein Al Habshee.
Bergerak kehadapan Jamiatul Khairiah, dengan program-program seperti Makan Malam Himpunan 1000 Jemaah, mempunyai objektif untuk :-
Dapatkan Info Semasa di Saluran Al-JamiatulKhairiahTV Kami
Youtube
Maklumat Ahli Jawatankuasa Pertubuhan
Ahli Jawatankuasa Jamiatul Khairiah 2023-2026 adalah seperti berikut:
Presiden : YBhg. Datuk Seri Dr. Syed Hussien Bin Syed Abdul Kadir Al-Habshee
Timbalan Presiden : Syed Faisal Bin Syed Abu Bakar Al-Hadi
Setiausaha : Syed Mashor Bin Syed Syed Mustapha Al-Yahya
Penolong Setiausaha : Syed Reza Helmy Al-Attas
Bendahari : Syed Iskandar Zulkarnain Jamalulail
Ahli Jawatan Kuasa
- Yg. Bhg. Datuk Syed Mohsen Bin Syed Abdul Kadir Al-Habshi
- Yg. Bhg. Dato’ Syed Tahir Bin Syed Abu Bakar Al-Mashoor
- Syed Murtadha Bin Mohamed Al-Mashoor
- Syed Muzhafar Bin Makhadzir Jamalullail
- Syed Mohd. Najib Bin Abd. Rahman Syahab
- Syed Abdullah Bin Syed Abdul Rahman Al-Habshi
- Syed Mahmood Bilfaqih
- Syed Mohammad Zayed Bin Dato’ Syed Othman Alsagoff

Acara dan Aktiviti

PERKHIDMATAN
Perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh disediakan di website ini adalah merangkumi
Ekonomi
Jamiatul Khairiah ditubuhkan untuk menaik taraf pendapatan dan ekonomi ahli-ahli Persatuan dan masyarakat amnya.

Terdapat juga banyak jenis perniagaan dan perkhidmatan dan yang disediakan oleh ahli-ahli persatuan di mana sesiapa yang memerlukannya boleh menuju kepada website ini untuk mendapatkan maklumat perniagaan dan perkhidmatan yang diberi. Antara perkhidmatan yang diberi adalah perniaagan online, perniagaan barangan runcit, restoran, undang-undang dan kedoktoran.
Sila hubungi admin@jamiatulkhairiah.org.my untuk mendapat informasi lokasi-lokasi tersebut.
Kebajikan
Jamiatul Khairiah dan rakan-rakan sekutu Persatuan mempunyai antara matlamatnya untuk membantu ahli Persatuan dan keluarga mereka serta masyarakat amnya yang memerlukan bantuan.

Sila hubungi admin@jamiatulkhairiah.org.my atau pautan website ini jika anda memerlukan bantuan. Sila beri maklumat diri dan permasalah yang dihadapi dan apa bantuan yang diperlukan.
Kebudayaan

Jamiatul Khairiah ada dan akan menalankan program-program kebudayaan berasaskan warisan Arab seperti Maulid, samrah dan Qaseedah dengan Hasrat agar ianya kekal diamalkan oleh masyakat berkturunan Arab dan untul memperkenalkannya kepada Masyarakat amnya.
Sila hubungi admin@jamiatulkhairiah.org.my untuk maklumat lanjut atau jika anda ingin menyebarkan berita mengenai majlis anda.
Silaturrahim
Jamiatul Khairiah ada menjalankan program-program silaturrahim dan suaikenal yang boleh merapatkan tali persahabatan yang mana semua dapat berkongsi pendapat dan maklumat, menyebar maklumat perniagaan dan mengikat sillaturrahim.

Sila hubungi admin@jamiatulkhairiah.org.my untuk maklumat lanjut.